Sunday, October 4, 2015

PAKEJ KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN TERBAIK..!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Maaf dah lam tak menulis di alam maya.
Kali ni nak mempromosikan pakej menarik iaitu Kem Motivasi dan Kepimpinan.
Kem yang dikendalikan oleh Team Master Inspired.

Secara amnya, team ini merupakan graduan UPM. Kebanyakan fasilitatornya masih belajar dan melanjutkan pangajian di peringkat sarjana dan PhD. Fasilitator yang dilantik adalah terlatih dan mahir dalam mengendalikan program, bengkel dan kem bersama pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Maka, kredibiliti para fasilitator ini tak perlu disangkal lagi.

Antara kem/bengkel yang biasa dianjurkan adalah;

1. Personality Assessment (Penilaian Personaliti)
     -bertujuan membantu para pelajar mengenal potensi masing-masing demi memilih masa depan     yang cerah

2. Leadership & Motivational Talk
     -kem kepimpinan dan motivasi yang membantu para pelajar dan bakal pemimpin masa akan datang untuk memahami erti sebenar pemimpin dan memberi motivasi serta keyakinan kepada pelajar untuk cemerlang dalam hidup.

3. Team Building
    -kem yang dikhaskan untuk membina semangat berpasukan, sesuai untuk organisasi yang baharu ditubuhkan seperti Badan Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya dan lain-lain lagi.

4. Environmental Education
   -kem yang memfokuskan kepada kecintaan dan penghargaan terhadap alam sekitar. Peserta bakal didedahkan dengan kehidupan alam semulajadi yang menarik dan menyeronokkan.

Jadi, berikut merupakan, harga pakej KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN yang ditawarkan;

SATU HARI (BENGKEL)

100 hingga 150 pax. = RM1500
80 hingga 100 pax. = RM1000

DUA HARI SATU MALAM (KEM)

100 hingga 150 pax. = RM3500
80 hingga 100 pax. = RM3000

TIGA HARI DUA MALAM (KEM)

100 hingga 150 pax. = RM5500
80 hingga 100 pax. = RM5000

EMPAT HARI TIGA MALAM (KEM)

100 hingga 150 pax. = RM7500
80 hingga 100 pax. = RM7000

*harga bergantung tertakluk kepada terma dan syarat.

TEMPAT (VENUE) ADALAH KEBEBASAN KEPADA PELANGGAN UNTUK MEMILIH.
KAMI AKAN URUSKAN.
KEMAHUAN ANDA KEUTAMAAN KAMI.

SEBARANG PERTANYAAN, KETERANGAN DAN MAKLUMAT LANJUT, BOLEH HUBUNGI KAMI;

Farhan (Flash) = 013-907 1671 (text/whatsapp)
Yusri (A'a) = 013-4493790 (text/whatsapp)

atau emel kepada ; masterinspired15@gmail.com

TUNGGU APA LAGI..!! HUBUNGI KAMI SEKARANG..!!

#pakejmotivasipelajar #pakejmotivasimurah #pakejmotivasisekolah #pakejkepimpinan #kemmotivasi
#kemkepimpinanmurah #konsultanmotivasi #konsultantempatan #konsultanbumiputera #kemcutisekolah







Thursday, July 24, 2014

long time no see


dust everywhere. its been a loooong time i'm not here. this is a short post. just wanna sweep the dust. hiks.

Tuesday, February 4, 2014

Kebersihan




Salam.

semalam aku terpanggil untuk menulis dan berkongsi pendapat mengenai kebersihan alam sekitar. dengan apa yang sedang berlaku, dan telah dilalui oleh seorang sahabat aku, terdetik di hati aku malam tadi untuk menukilkan sedikit pandangan mengenai kebersihan. Ya. KEBERSIHAN. kebersihan di sini bukan hanya tertakluk kepada diri individu semata. Ia meliputi keseluruhan dan persekitaran hidup kita. Sebagai orang yang bertamadun dan berilmu, kita perlu lebih prihatin dengan kebersihan alam sekitar. Belajarlah jadi manusia bertanggungjawab dan pembersih. Disiplinkan diri untuk buang sampah di tempat yang telah disediakan.

Kesedaran diri amat penting dalam bab kebersihan ini. Islam mendidik umatnya untuk menjadi orang yang beriman serta pembersih. malah, elemen pembersih itu sendiri terkandung dalam ciri-ciri orang beriman. Come on la rakyat Malaysia. Kata nak setanding dengan rakyat-rakyat negara lain. Kalau bab kebersihan pun susah nak jaga, apatah lagi benda lain. tak guna juga kalau ada teknologi power, gah dengan bangunan pencakar langit, ada salji turun la bagai tapi negara kotor nak mampos. buat apa. tak guna la weih. Come on. wake up Malaysian, wake up!!

dah la pemalas, pengotor pula lagi. macam mana ni. aku yakin, bukan hanya agama Islam yang mendidik penganutnya untuk menjaga kebersihan, malah ajaran dan kepercayaan lain turut menitik beratkan soal ini. kalau bab penggunaan nama Allah, haa. tu dia. melenting bukan main lagi. turun naik mahkamah bagai. tapi kebersihan alam sekitar ni macam mana pula? think people. think. ini urusan kita bersama. jangan hanya harapakan Majlis Perbandaran, bandaraya atau sebarang syarikat pengurusan sampah untuk menjaga kebersihan negara kita. kita hidup di sini. segalanya di sini. takkan kita nak tengok negara ni jadi negara paling kotor dan penuh sampah?

jadilah masyarakat yang tinggi mentalitinya. jangan mundur. dunia semakin hari semakin maju. tapi, kita sendir semakin mundur pemikirannya. kalau bab-bab teknologi, memang kita la laju. lepas tu bangga serata dunia kata kita seiring dengan kemajuan. phuii. boleh pi jalan. kita duk canang satu dunia, tahun 2014, tahun melawat Malaysia, tapi persekitaran kita seperti yang digambarkan di iklan kah? janganlah dimalukan dengan bidalan sendiri, indah khabar dari rupa. ayuh bersama merealisasikan impian bersama, untuk melihat kebersihan persekitaran yang setanding dengan negara maju di Asia seperti Jepun dan Korea. kembali kepada dasar yang dibentangkan oleh mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir, Dasar Pandang ke Timur. di mana kita mengadaptasi dan mengaplikasi secara menyeluruh dari pelbagai aspek kehidupan.

Bersamalah menjaga kebersihan bumi kita.