Thursday, July 24, 2014

long time no see


dust everywhere. its been a loooong time i'm not here. this is a short post. just wanna sweep the dust. hiks.

Tuesday, February 4, 2014

Kebersihan




Salam.

semalam aku terpanggil untuk menulis dan berkongsi pendapat mengenai kebersihan alam sekitar. dengan apa yang sedang berlaku, dan telah dilalui oleh seorang sahabat aku, terdetik di hati aku malam tadi untuk menukilkan sedikit pandangan mengenai kebersihan. Ya. KEBERSIHAN. kebersihan di sini bukan hanya tertakluk kepada diri individu semata. Ia meliputi keseluruhan dan persekitaran hidup kita. Sebagai orang yang bertamadun dan berilmu, kita perlu lebih prihatin dengan kebersihan alam sekitar. Belajarlah jadi manusia bertanggungjawab dan pembersih. Disiplinkan diri untuk buang sampah di tempat yang telah disediakan.

Kesedaran diri amat penting dalam bab kebersihan ini. Islam mendidik umatnya untuk menjadi orang yang beriman serta pembersih. malah, elemen pembersih itu sendiri terkandung dalam ciri-ciri orang beriman. Come on la rakyat Malaysia. Kata nak setanding dengan rakyat-rakyat negara lain. Kalau bab kebersihan pun susah nak jaga, apatah lagi benda lain. tak guna juga kalau ada teknologi power, gah dengan bangunan pencakar langit, ada salji turun la bagai tapi negara kotor nak mampos. buat apa. tak guna la weih. Come on. wake up Malaysian, wake up!!

dah la pemalas, pengotor pula lagi. macam mana ni. aku yakin, bukan hanya agama Islam yang mendidik penganutnya untuk menjaga kebersihan, malah ajaran dan kepercayaan lain turut menitik beratkan soal ini. kalau bab penggunaan nama Allah, haa. tu dia. melenting bukan main lagi. turun naik mahkamah bagai. tapi kebersihan alam sekitar ni macam mana pula? think people. think. ini urusan kita bersama. jangan hanya harapakan Majlis Perbandaran, bandaraya atau sebarang syarikat pengurusan sampah untuk menjaga kebersihan negara kita. kita hidup di sini. segalanya di sini. takkan kita nak tengok negara ni jadi negara paling kotor dan penuh sampah?

jadilah masyarakat yang tinggi mentalitinya. jangan mundur. dunia semakin hari semakin maju. tapi, kita sendir semakin mundur pemikirannya. kalau bab-bab teknologi, memang kita la laju. lepas tu bangga serata dunia kata kita seiring dengan kemajuan. phuii. boleh pi jalan. kita duk canang satu dunia, tahun 2014, tahun melawat Malaysia, tapi persekitaran kita seperti yang digambarkan di iklan kah? janganlah dimalukan dengan bidalan sendiri, indah khabar dari rupa. ayuh bersama merealisasikan impian bersama, untuk melihat kebersihan persekitaran yang setanding dengan negara maju di Asia seperti Jepun dan Korea. kembali kepada dasar yang dibentangkan oleh mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir, Dasar Pandang ke Timur. di mana kita mengadaptasi dan mengaplikasi secara menyeluruh dari pelbagai aspek kehidupan.

Bersamalah menjaga kebersihan bumi kita.

Saturday, February 1, 2014

Perkhidmatan key-in data menggunakan software SPSS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

kepada masyarakat di luar sana. di sini saya ingin mempromosikan kepada kalian bahawa saya ada membuat servis key-in dan analisis data menggunakan SPSS dan AMOS. Jadi, kepada sesiapa yang mengalami masalah dan kesukaran untuk menggunakan software ini, adalah dialu-alukan untuk menggunakan khidmat saya dalam membantu memudahkan urusan kerja kalian dan mempercepatkan segala proses yang tertangguh. berikut adalah senarai perkhidmatan dan harga (mengikut pasaran terkini) :

1.) key-in data = RM1.50 (max.) per soal selidik (bergantung pada bilangan muka surat)
2.) analisis data ; Pearson Correlation, T-test, multiple regression, ANOVA, one way ANOVA etc. = RM50.00 per analisis.
3.) dan perkhidmatan lain yang menggunakan software ini.

segala harga adalah mengikut harga di pasaran semasa yang telah dipersetujui oleh para penyelidik dan pensyarah serta peniaga. sekian, terima kasih.

untuk maklumat lanjut, sila hubungi ;

A'a : 013-4493790.
Ana : 014-3750163

 (call, messages or whatsapp).

Thursday, January 30, 2014

Permulaan

hai.

sebagai permulaan tahun ni, aku hanya akan menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran aku. sebenarnya banyak benda dan perkara yang ingin aku luahkan di sini tanpa perlu aku memikirkan kesan mahupun akibat. apa yang aku tahu aku akan terus menaip dan menaip walaupun wacan yang disampaikan hanyalah merapu dan tidak ada intipati yang menarik pun. tapi aku mencuba untuk memberi yang terbaik dalam penulisan aku. kebanyakan idea aku datang masa aku keseorangan dan sebelum tidur. juga semasa melaburkan saham. idea-idea selalunya datang tidak kena pada waktu dan tika itu aku tidak punya pena mahupun kertas untuk dicoretkan. tablet apatah lagi. yang aku punya hanya cukup menepati syarat-syarat sebagai rakyat marhaen di negara ini. merasalah jugak teknologi walaupun tak sehebat budak tadika sekarang ni yang guna samsung tab for kids. untung jadi budak zaman millenia ni.

okay. dah. itu je. nantila aku sambung mencerca nista.