Kepelikan dunia kini. Semakin sukar dilembar dengan
kata-kata. Dahulunya mata-mata pena yang ligat menari menconteng fakta-fakta
mahupun auta. Kita jari jemari kian lenguh menaip menekan-nekan papan kekunci. Pantas
menari membentuk ayat-ayat dan nukilan sendiri. Hampir di hadapan muka
berdirinya skrin yang saling menatapi antara muka. Mata ligat mebaca setiap
kata-kata yang tertera. Sama ada benar atau tidak. Tidak tahu punca. Manusia kini
kian bebas menyebarkan ideology masing-masing. Tidak kira paras mana sekalipun
ilmunya, ngomelan di blog-blog kian meriah dengan kehadiran blogger-blogger
baru seperti sampah. Sesak di laman sesawang dengan ideology mereka yang tidak
berhemah.
Turut ada yang terpengaruh hanya degan kata-kata dan
sandiwara dusta si pencerita. Kenapa si pembaca begitu mudah menerima?apa tidak
cukup akal itu untuk berfikir dan menapis segala maklumat yang ada?
Sudah-sudahla si pendusta. Kau tiada tempat di dunia ini. Setiap
kata dan langkah mu ada yang memerhati. Gerak gerimu sudah dikenalpasti. Jangan
terlalu yakin dan ampuh dengan diri sendiri. Tapak ini masih kecil di muka
bumi. Tiada tapak betul-betul kukuh untuk mendabik diri. Ada caranya nanti. Perjuangan
mu itu terhenti di sini. Pasti ada yang menyusul nanti.
No comments:
Post a Comment