Thursday, January 30, 2014

Permulaan

hai.

sebagai permulaan tahun ni, aku hanya akan menaip apa sahaja yang terlintas di fikiran aku. sebenarnya banyak benda dan perkara yang ingin aku luahkan di sini tanpa perlu aku memikirkan kesan mahupun akibat. apa yang aku tahu aku akan terus menaip dan menaip walaupun wacan yang disampaikan hanyalah merapu dan tidak ada intipati yang menarik pun. tapi aku mencuba untuk memberi yang terbaik dalam penulisan aku. kebanyakan idea aku datang masa aku keseorangan dan sebelum tidur. juga semasa melaburkan saham. idea-idea selalunya datang tidak kena pada waktu dan tika itu aku tidak punya pena mahupun kertas untuk dicoretkan. tablet apatah lagi. yang aku punya hanya cukup menepati syarat-syarat sebagai rakyat marhaen di negara ini. merasalah jugak teknologi walaupun tak sehebat budak tadika sekarang ni yang guna samsung tab for kids. untung jadi budak zaman millenia ni.

okay. dah. itu je. nantila aku sambung mencerca nista.