Sunday, April 15, 2012

kisah anak bangsa..nukilan kepada kalian..

borak2 dengan kukubesi manipulasi tentang budaya anak2 bangsa membebel tak ada kerja di bumi bertuah ini. menjadi aku-- seperti biasa-- takkan ada jawapan pendek.

menurut pemerhatian aku, rata2 memberi alasan yang lebih kurangnya berkisar dengan dua perkara:
1) gaji tidak memadai
2) bangsa asing mencuri kerja anak bangsa

maka ini jawapan aku adalah berikut. didasarkan dari observasi trend yang aku nampak-- memandangkan aku hari2 menghadap anak2 kita di universiti.

KENAPA ANAK2 TAK ADA KERJA.
-------------------------------------

pertama:
expect gaji besar SEBAB nak maintain hidup mewah masa belajar.

anak2 kita lemak. dengan ptptnnya, dgn duit mak bapaknya. dah biasa pakai iphone ipad tab apa jua jenis canggih manggih. dah biasa hujung minggu wajib tengok wayang, makan chilli's di klcc, pergi mabuk, pergi joget, goyang2.

SEMUA pakai duit yang bukan usaha sendiri.
ada ptptn PUN tergamak telefon mak abah mintak duit.
cakap tak cukup.
ADA SAHAJA alasan tak cukup.
mentang2 kita satu2nya yang duduk jauh.
mintak sana mintak sini.

langsung tidak fikir mak ayah ada adik2 di rumah. bil api air internet. buku sekolah adik. kereta bulan2. tanggung kadang2 rosak enjin.

SEMUA tu tak penting.
kecuali kau punya lepak kawan2 hujung minggu.

maka.
bila dapat offer kerja dan bakal majikan kasi gaji kecil, dia senak. "eh mana mampu hidup? ini kl. SEMUA barang mahal. takkan mampu"

soalan:
APA MAKNA MAMPU?

bagi aku, mampu adalah cukup makan. memadai nasi dan lauk satu. jadi.

nasi ayam penyet hari siap air batu campur dengan keropok lekor dua ringgit bukan 'mampu'.
itu 'perlu'.
perkara2 yang dibuat selain dari apa yang mampu boleh kita kategorikan 'tidak perlu'--
cuma kita tak mampu.

anak2 kita-- makan maggi sanggup demi main kamera beribu. untuk ekjas enjin beribu. kejadahnya. kalau begitu, bukan ikat perut namanya. itu tahan perut.

ada masa, gaji boleh tahan pun ditolak. sabtu kena kerja. MANA BOLEH! sabtu nak rehat. PADAHAL. sabtu dan ahad lepak ke pagi dgn kawan2. ke sana ke mari. pergi redang, pergi PD. nanti isnin kerja penat. tak ikhlas. mengaruk. terus cari kerja lain. siapa susah?

*gelak kecil*

kau la susah, bodoh.
tak ada kerja yang sesuai dengan nafsu kau.
siapa susah, kata dia.
pergh.

kedua:
expect dilayan macam tuan.

sebelum aku pergi jauh, aku terus-terang. aku paling menyampah bila orang gunakan alasan majikan lagi suka orang luar. majikan lagi seronok menggaji lain bangsa. tak patriotik. tak peduli rakyat sendiri.

aku benci kerana aku terasa.
sebagai majikan dan sebagai pekerja luar--
dua2 perspektif aku sudah rasa.

i) sebagai majikan.

keluarga kami mengusahakan kedai makan di mana pekerjanya alhamdulillah bukan sekadar beberapa orang. buat masa sekarang, SEMUANYA bukan bangsa kita. PERNAH gajikan orang melayu. namun-- ah. panjang kalau mahu cerita.

namun secara ringkasnya, kalau menggaji orang sendiri, majikan bersedialah dengan perangai liat kerja. manjang minta cuti sahaja. atuk sakit. nenek demam. isteri muntah. SEMUA ahli keluarga yang punya angkara yang bikin mereka perlu pulang ke kampung. orang lain sakit, MACAMMANA dia yang dapat mc? cuti minta sehari, lepas seminggu baru datang. apa cerita?

balik cuti, kerja macam tahi. dia pekerja tapi DIA yang berdecit2 ketika buat kerja. hempas sini, hempas sana. macammana? ini bukan sekadar fenomena di kedai2 biasa. pengalaman aku bekerja sini-sana memberi aku peluang menyaksikan semua ini di depan mata.

maaf aku kata. orang melayu punya etika, tempat kerja macam abah dia punya. TAK BOLEH kena tegur. kalau bukan salah dia, jangan langsung cuit pasal dia. melenting terus habis semua benda. paling nahas kalau memang bukan salah dia. mampus.

ingat mudah sangatkah menggaji pekerja asing? dengan permitnya, nak urus rumahnya, nak bagi dia bawa anak isterinya. dan memanglah bukan semuanya baik. kalau nasib dapat yang palat-- teruk juga. tapi dalam sepuluh, nak jumpa satu memang payah. sebab orang begini memang dalam kepala tak ada lain kecuali mau menyimpan sampai mewah.

ii) sebagai pekerja asing.

sekarang aku kerja luar negara. AKU pekerja asing bagi rakyat sini. dan aku-- seperti pekerja2 mertua aku, pasang cita2 mau menyimpan sampai mewah. aku ikut resam mereka.

bila kita jauh dari tempat selesa sendiri, kalau duduk luar dari negara separuh bumi, takkan ada apa yang hendak kita hendakkan. kita tahu setiap perkara kita beli takkan kekal. kerana nanti hendak pulang, takkan dihangkut setiap almari, setiap tv 90 inci.

hidup merantau mengajar aku hidup fokus pada satu perkara. menyimpan, menyimpan dan menyimpan. nak cuti pun buat apa. baik kerja. lagi rajin, lagi cepat naik. konsep hidup yang plaing mudah, tapi paling semua orang tak mahu terima.

maka soalan aku, apakah salah majikan2 yang memilih untuk menggaji pekerja yang taat pada kerjanya? apakah bodoh majikan2 yang memilih pekerja asing berbanding bangsa sendiri yang malas dan bongkak pula?

kerja memang banyak di bumi kita.
masalahnya anak2 kita yang merosakkan setiap satu peluangnya.
tak usahlah kata "tapi aku tidak begitu"

cuba tanya MANA2 kawan kita.
BERAPA LAMA amanah dengan kerja sendiri?
masuk tahun pertama--
ke laut semua janji.
mula malas.
mula lewat2 makan tengah hari.

masalah yang aku nampak di kalangan kita adalah sifat buruk "hendak lekas kaya".

malas--
tapi hendak kaya pantas.

ketika kawan kita rajin berniaga kecil2an, kita cebik2kan.
sekarang dia untuk 5 digit setiap bulan, 
baru terhegeh2 nak buka bisnes sama.

dengki.
busuk hati.
nak apa yang orang ada.

macam kb.
kau rasa dia boleh sampai tahap dia kalau takatnya bikin iklan "hai saya buat fotografi, like la saya" semata2?
bodohlah kalau itu yang kau fikirkan.

bakat satu hal.
rajin satu hal lain.

macam yuna.
kau rasa dia boleh sampai tahap dia kalau takatnya main lagu di youtube "marilah like saya dan jadi fan saya yeww" semata2?
bodohlah kalau itu yang kau fikirkan.

muka kena tebal.
ke hulu ke hilir,
proposal kena kebal.

memang la orang tak nampak.
yang jelas, cuma bila dah berjaya.
nampak orang punya kereta besar sahaja.
tak fikir masa anak2 dia dulu cuma makan megi, bini dia teguh pekakkan telinga-- SEMUANYA demi keyakinan pada usaha yang akan membuahkan jaya.

semua itu--
anak makan megi, bini kena maki itu--
ada orang peduli?

haih.
entahlah.

kesimpulan dari apa aku rasa--
anak2 kita lemak.
mengada.
memang nak kena ajar.

tak fikir:
nak enjoy, kena kaya.
nak kaya, kena kerja.

kalau dah miskin--
buat cara miskin.

KERJA.


sumber : https://www.facebook.com/FynnJamalMusic/posts/10150951547509129

credit to : Fynn Jamal

No comments: