Tuesday, July 10, 2012

langsung aku tak faham apa yang kau cuba buat



Kepelikan dunia kini. Semakin sukar dilembar dengan kata-kata. Dahulunya mata-mata pena yang ligat menari menconteng fakta-fakta mahupun auta. Kita jari jemari kian lenguh menaip menekan-nekan papan kekunci. Pantas menari membentuk ayat-ayat dan nukilan sendiri. Hampir di hadapan muka berdirinya skrin yang saling menatapi antara muka. Mata ligat mebaca setiap kata-kata yang tertera. Sama ada benar atau tidak. Tidak tahu punca. Manusia kini kian bebas menyebarkan ideology masing-masing. Tidak kira paras mana sekalipun ilmunya, ngomelan di blog-blog kian meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru seperti sampah. Sesak di laman sesawang dengan ideology mereka yang tidak berhemah.

Turut ada yang terpengaruh hanya degan kata-kata dan sandiwara dusta si pencerita. Kenapa si pembaca begitu mudah menerima?apa tidak cukup akal itu untuk berfikir dan menapis segala maklumat yang ada?


Sudah-sudahla si pendusta. Kau tiada tempat di dunia ini. Setiap kata dan langkah mu ada yang memerhati. Gerak gerimu sudah dikenalpasti. Jangan terlalu yakin dan ampuh dengan diri sendiri. Tapak ini masih kecil di muka bumi. Tiada tapak betul-betul kukuh untuk mendabik diri. Ada caranya nanti. Perjuangan mu itu terhenti di sini. Pasti ada yang menyusul nanti. 

No comments: